Kenali Ekzema atau dikenali atopik dermatitis (kulit)


Ekzema atau dikenali juga sebagai atopik dermatitis (kulit) bukanlah satu jangkitan dan biasanya terjadi dalam kalangan bayi atau kanak kanak.
Masalah berkenaan berlaku apabila terdapat keadaan radang pada kulit yang disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah, bergantung kepada tahap keterukannya.
Ada kalanya ia kelihatan seperti kulit melecur yang berair dan jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan lutut.


Pakar Perunding Imunologi Klinikal, Alergi dan Pediatrik, Dr Amir Hamzah Datuk Abdul Latif berkata, jika memiliki anak yang mempunyai masalah ekzema, ibu bapa tidak boleh mudah berputus asa.
“Penjagaan kulit sangat penting bagi anak yang mempunyai masalah ekzema. Justeru, pilih rangkaian produk penjagaan kulit yang tidak mengandungi pewangi, paraben dan sodium lauryl sulfate (SLS).
“Pastikan kulit sentiasa lembap dengan menyapu pelembap sesuai bagi mengelakkan kering dan gatal sekali gus mengelakkan anak menggaru.
“Sapuan pelembap perlu dilakukan sebaik-baiknya selepas mandi atau apabila kulit kelihatan kering. Kekerapan menyapu pelembap bergantung kepada kekeringan kulit.
“Biasanya, saya sarankan dua hingga tiga kali sehari namun jika kulit terlampau kering pelembap harus disapu dua jam sekali bagi membantu melembapkan kulit,” katanya.
Selain itu, elakkan penggunaan air panas ketika mandi. Jika kebiasaannya anda mandi sehingga tiga kali sehari dan mengambil masa yang lama, kini kurangkan tempoh mandi di dalam bilik air.
Jelas Dr Amir, seboleh-bolehnya dia mengelakkan penggunaan krim steroid kepada pesakit jika keadaan kulit mereka tidak kronik. Namun, krim steroid terpaksa diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah kronik hingga menyebabkan kulit bertukar warna kemerah-merahan, itupun hanya disarankan dengan sapuan yang nipis.
Sementara itu, Dr Amir menambah kulit kanak-kanak dan bayi agak sensitif kerana 30 peratus lebih nipis berbanding kulit orang dewasa.
“Ini menyebabkan mereka mudah terdedah dengan iritasi luaran. Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan kimia yang kuat dalam gel mandian atau wangian biasa mungkin boleh menyebabkan ruam, tindak balas alahan, malah ekzema kepada kanak-kanak.
“Bagi mengelakkan reaksi berkenaan, penjagaan khas perlu diambil dengan memilih gel mandi dan syampu yang sesuai untuk kanak-kanak,” katanya.
Bukti kasih sayang
Majoriti ibu bapa tidak sedar bahawa produk pembersihan konvensional mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat untuk bayi dan kanak-kanak.
Ini menyebabkan ramai ibu bapa membiarkan anak mereka menggunakan sabun untuk orang dewasa sekali gus secara tanpa sedar mendedahkan si kecil kepada bahan kimia yang kuat pada usia muda.
Pengasas bersama merangkap Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan I-Green (M) Sdn Bhd, Soo Kian Kheng berkata, segelintir ibu bapa tidak menyedari bahaya yang didedahkan kepada anak mereka melalui pemilihan produk yang tidak sesuai.
“Apabila melihat anak menderita dengan masalah kulit sensitif, saya tidak boleh hanya berpeluk tubuh. Saya berusaha menghasilkan formula yang membantu memastikan ia selamat untuk anak.
“Saya faham masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dalam mencari produk mandian terbaik yang tidak memburukkan lagi kulit sensitif anak mereka dan disebabkan itulah saya mengambil keputusan memperkenalkan jenama ini,” katanya.
Memahami keperluan rangkaian penjagaan kulit yang lebih selamat, Buds Organics dan juga melancarkan koleksi organik ‘Buds for Kids’ dengan wajah baru label itu yang turut dihadiri Pengarah Urusan I-Green (M) Sdn Bhd, Soo Siew Peng dan testimoni daripada seorang ibu, Mary Anne Loh.
Tambahan dua haruman buah-buahan mandian gel iaitu Raspberry dan Tutty Fruity, rangkaian penjagaan kulit badan itu menampilkan bungkusan terkini dengan empat watak raksasa comel untuk menjadikan waktu mandian lebih menyeronokkan.
Sementara itu, tambah Kian Kheng, dalam usaha untuk mengesan bahaya yang tersembunyi di dalam produk pembersihan, jenama itu menggalakkan ibu bapa membaca label kandungan di belakang botol produk gel mandian dan syampu yang dipilih.
Kandungan bahan biasanya diabaikan oleh pelanggan kerana senarai yang panjang dan penggunaan nama saintifik yang sukar difahami.
“Salah satu bahan yang diketengahkan seperti SLS iaitu bahan kimia yang sering dijumpai di dalam kebanyakan produk pembersihan seperti syampu, sabun, gel mandian, sabun basuh baju, ubat kumur mulut serta ubat gigi.
“Ia mempunyai sifat menghakis, antara sebab ia digunakan di dalam bahan pencuci lantai dan pinggan serta terbukti boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan mata,” katanya.
Dedikasi jenama berkenaan ke arah melindungi kanak-kanak daripada bahan kimia berbahaya juga dilaksanakan dengan menggunakan bahan organik sebenar yang dibuktikan dengan pengiktirafan sijil ECOCERT - salah satu badan persijilan organik terkenal di dunia.

Share on Google Plus

About kraiboy

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan