Apa sebenarnya cinta?


Semua orang tahu dan sedar anak muda dan perasaan cinta tidak dapat dipisahkan, tetapi perlu mengenali dan jelas mengenainya.
Kita semua tahu cinta itu satu aspek yang besar dalam hidup. Tidak kiralah apa latar belakang kita, perasaan cinta itu wujud dalam diri dan memainkan peranan besar. Tanpa perasaan kepada insan lain tidak kiralah keluarga atau pun individu lain, ada yang membayangkan kita bagaikan makhluk yang bernyawa, namun tidak sempurna jiwanya.
Namun, apa itu cinta sebenar dan apakah yang membuatkan cinta anda dalam landasan betul.
Mungkin pandangan dikumpulkan daripada beberapa pakar motivasi dan ahli falsafah ini dapat merungkainya.


Cinta bukan...
Manipulasi
Cinta tidak bererti kita boleh mengambil kesempatan ke atas orang lain. Jika kita mencintai seseorang atau dia mencintai kita, tidak perlu memaksa mereka melakukan sesuatu di luar kemampuan atau kehendak mereka. ‘Kalau awak cinta saya awak kena buat itu atau ini...’ salah satu petanda ia bukan cinta ikhlas.
Perlu berpura-pura
Orang yang benar-benar mencintai kita boleh menerima diri kita seadanya dan tidak mahu kita berubah fizikal atau pegangan hidup mengikut acuannya. Adaptasi, cuba memahami dan ikut rentak itu boleh tetapi bukan sesekali berubah menjadi orang lain yang bukan diri kita sendiri dan melakukan perkara bukan kemahuan kita.
Keganasan
Perasaan kasih sayang, rajuk dan cemburu adalah biasa dalam bercinta namun ia bukan tiket untuk kita atau si dia melakukan kekerasan apatah lagi keganasan kepada pasangan. Sama ada penderaan emosi apatah lagi fizikal, jika berlaku dalam percintaan, ia bukan cinta yang betul dan perlu dijauhi.
Dikuasai nafsu
Tarikan fizikal itu lumrah dalam cinta dua insan bukan mahram namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi teras dalam hubungan. Cinta bukan berlandaskan nafsu semata-mata kerana ia bukanlah segala-galanya. Kita perlu tahu adakah hubungan itu berdasarkan nafsu semata-mata atau kasih sayang ikhlas dan komitmen sebelum terus melaluinya.
Cinta itu...
Ambil berat
Cinta adalah apabila kita mengambil berat terhadap individu lain tidak kiralah kekasih mahupun keluarga. Kita mahu sentiasa tahu adakah mereka dalam keadaan yang baik dan ikhlas. Ada untuk mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan yang akan diberi kemudian.
Perasaan suka
Kita tidak boleh menipu dengan mengatakan cinta namun tidak ada perasaan suka apabila bersama dengan si dia. Apabila kita suka berada di sisinya dan tidak perlu menggunakan nafsu semata-mata, ia sudah cukup membuatkan kita bahagia dan tidak mencari cinta daripada individu lain.
Komitmen
Cinta hadir dengan komitmen. Komitmen untuk membuat sesama sendiri bahagia dan melalui peristiwa susah dan senang bersama. Ia menunjukan kita setia bersama pasangan, meluangkan masa dan tenaga untuk membuat masing-masing bahagia walaupun banyak dugaan.
Penerimaan
Menerima diri sendiri dan orang lain seadanya adalah kunci utama dalam hubungan cinta sebenar. Setiap insan adalah berbeza pendirian dan karakternya. Jika kita benar-benar cintakan pasangan, kita dapat menerima sisi negatif mereka dan sama-sama berubah kepada yang lebih baik tanpa kompromi jati diri sendiri.

Share on Google Plus

About kraiboy

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan