Petua Bibir Merah. Ramai wanita terlalu taksub tentang penjagaan wajah sehingga terlupa betapa pentingnya penjagaan bibir.
Sebenarnya bibir juga merupakan aset yang paling berharga di muka
seseorang kerana bibir yang sihat akan sentiasa lembab dan tidak kering.
Bahkan bibir yang merah juga mampu menjadi daya penarik seseorang dan
memberikan satu penampilan yang meyakinkan.
Admin akan kongsi dengan anda sedikit petua tradisional untuk
mendapatkan bibir yang sentiasa merah.Namun, untuk mendapatkan bibir
yang sentiasa merah dan kekal lembab,anda perlulah rajin mengamalkan
petua-petua tradisional ini dan jadikannya sebagai rutin harian anda.
Petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang merah:
1. Madu
Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah
kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu
pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.
2. Air Mawar
Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan
kapas yang dibasahi air mawar untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut
dan merah keesokan harinya.
3. Limau Nipis
Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur dua
sudu makan air masak suam dan jus limau dengan duasudu makan madu,
kemudian sapukan pada bibir,biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali
bilas bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna
bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah.
4. Kunyit
Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan satu sudu teh susu
suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari
selama lima minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara
semulajadi dan lebih kenyal.
5. Halia
Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur
ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi
merah seperti delima merekah.
Baca Juga: Kebaikan Halia
6. Daun Ketumbar
Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan dua
lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan
selama 20 minit, dan bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin
untuk mendapatkan hasil yang maksima.
7. Minyak Almond (Badam)
Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan.
Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan
bibir anda. Caranya mudah,anda hanya perlu sapukan minyak almond pada
bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak
almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond,
anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun.
8. Mentega
Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk
tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih
segar dan kemerahan.
9. Yogurt
Campuran madu, yogurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau
nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya
kelihatan lebih merah.
10. Sireh
Ambil tiga helai daun sirih. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu pada bibir anda pada sebelum tidur.
Baca Juga: Khasiat Daun Sirih
11. Ubat Gigi
Sapukan ubat gigi ke bibir anda selama 3 minit sebelum mandi. Di
samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan
lipstik pada bibir anda.
Kesimpulan
Untuk mendapatkan bibir yang merah dan lembab tidaklah susah mana
pun, anda cuma perlu amalkan petua bibir sentiasa merah dan kekal lembab
ini dengan rajin dan rajinkanlah diri anda untuk buat setiap hari untuk
mendapatkan bibir yang anda impikan. Hasil yang anda dapat bukanlah
dengan sekelip mata tapi ia akan mengambil masa, jadi anda harus
bersabar melakukannya.: sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan