Wangian berikan Ketenangan






Ramai pengguna beranggapan aromaterapi yang dikaitkan dengan wangian hanya sekadar bauan di rumah. Hakikatnya aroma yang mampu memberikan kelegaan dan ketenangan ini adalah vitamin semula jadi serta rawatan holistik kepada tubuh.
Menyedari pelbagai kebaikan produk aromaterapi, Sutra Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBESB), syarikat pengeluar minyak pati asli tumbuh-tumbuhan semula jadi membuka Sutra Shoppe ketiga di Subang, baru-baru ini.
Menurut Pengarah Urusan TBESB, Mohd Khairil Said, pembukaan francais Sutra Shoppe ketiga adalah bukti sambutan terhadap produk tempatan secara komersial semakin memberangsangkan.


“Wujudnya kedai secara fizikal membolehkan orang ramai merasai sendiri produk dan mendapat informasi yang lebih tepat. Mereka dapat menikmati pengalaman dan meningkatkan kepercayaan sebelum membuat keputusan membeli,” katanya.
Tambahnya lagi, promosi di dalam talian juga banyak membantu setiap produk menjadi tular atas inisiatif dan kreativiti stokis dan ejen di kawasan masing-masing. Mereka bukan sekadar menjadi pengedar tetapi hampir setiap bulan dibekalkan dengan kepelbagaian ilmu berkaitan mengenai kelebihan produk secara ilmiah dan profesional.
Bagi pemilik Sutra Shoppe Subang, Saliza Abd Azi, 51, dia tertarik membuka Sutra Shoppe kerana berminat mempunyai produk jenama sendiri berasaskan aromaterapi.
“Selepas perbincangan dengan pemiliknya Khairil, hasrat ini saya pendamkan kerana tiada jaringan pemasaran yang kukuh sedangkan ia amat penting terutama orang baharu seperti saya. Namun cita-cita tidak terhenti begitu saja, sebaliknya saya mendalami ilmu berkaitan asas pemasaran, pensijilan halal dan yang berhubung kait dengan keistimewaan tumbuhan semula jadi dan alami.
“Hasilnya saya memperoleh pensijilan bertauliah sebagai juruterapi dalam bidang aromaterapi dan melayakkan membuka klinik terapi di sini. Sebagai stokis, saya mencabar diri membuka Sutra Shoppe kerana yakin dengan kemampuan Sutra yang mempunyai strategi pengeluaran, penjenamaan dan pemasaran yang kukuh,” katanya.
Berkat ketekunan, Saliza seorang arkitek dan pensyarah sambilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Puncak Alam, Selangor, mempunyai sijil antaranya daripada Comite International d’ Esthetique de commestologi (Zurich) dalam bidang kecantikan dan penjagaan tubuh.
Dalam bidang aromaterapi pula, dia mengikuti kursus di The International Federatian of Aromatherapist IFA Dip United Kingdom. Kedua-dua kursus dijalankan di Kuala Lumpur tetapi tenaga pengajar dan sijilnya adalah dari negara asal.
Jelasnya, dalam rawatan tanpa produk seperti bekam dan akupuntur, pengguna yakin dengan kaedah yang digunakan untuk membantu melegakan tubuh. Dalam rawatan aromaterapi pula, minyak adalah agen bantuan merehatkan otak daripada tekanan.
Bukan sebarang aromaterapi (minyak) sesuai tetapi bergantung kepada keperluan. Misalnya seseorang yang tertekan dan tidak gembira, kita syorkan minyak mawar, lavender atau ylang-ylang kerana ia berasaskan bunga.
“Contohnya seseorang yang berasa sakit di sendinya dan tertekan dengan situasi itu di klinik terapi di sini, kami menyediakan perkhidmatan untuk mengenal pasti tekanan dan mengesyorkan jenis aromaterapi,” katanya.
Saliza percaya, terapi berterusan dan tepat mampu membantu sesiapa saja menjalani kehidupan lebih tenang, emosi yang terkawal , meningkatkan cara berfikir dan cara hidup positif.
“Tubuh kita mempunyai hubung kait dengan otak yang sangat kompleks untuk dirawat, tetapi dengan adanya klinik terapi, ia membantu mengenal pasti masalah, seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan bijak memilih. Pastinya cara hidup berasaskan alam adalah yang terbaik,” katanya.
Sutra Shoppe ditawarkan kepada pengedar Sutra terutamanya yang berstatus Pusat Pengedaran. Modal permulaan untuk membuka Sutra Shoppe dalam anggaran RM80,000 membabitkan kos pengubahsuaian, perabot (rak pameran), elektrikal dan sistem pos.

Share on Google Plus

About kraiboy

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan