Tahukah anda Jenis Makanan Sihat Untuk Kulit



Makanan Sihat Untuk Kulit.Semua jenis makanan mempunyai manfaat yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit. Bahkan,memiliki kulit cantik dan sihat merupakan impian setiap orang. Oleh sebab itulah ada pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan kulit cantik, putih dan bersih.

Cara semulajadi untuk mempercantikan kulit adalah dengan pengambilan makanan yang baik bagi kecantikan kulit, kerana di dalam makanan terdapat ribuan fitokemikal, serat dan vitamin yang bekerjasama untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Untuk itu, kita perlu mengambil makanan yang dapat mempercantikan kulit.

Berikut adalah beberapa jenis bahan makanan yang wajib diselitkan dalam jadual menu harian anda. Makanan ini mampu membuatkan kulit anda tetap sihat dan cantik.

1. Yogurt

Yogurt bagus untuk kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat serta menghilangkan kelemumur. Sebaiknya pilihlah yogurt yang ‘low fat’ dan ‘low sugar’ untuk menghindari terjadinya peradangan kulit. Selain itu, yohurt juga merupakan antibiotik natural yang dapat membantu memproduksi bakteria baik dalam tubuh serta menjaga kesihatan sistem penghadaman. 
 
2. Kekacang

Beberapa jenis kacang yang memiliki khasiat luar biasa untuk kulit adalah buah badam (almond), pistachio, hazelnut, dan walnut. Ia mengandungi vitamin E, yang mampu menjaga kelembapan kulit, mengatasi kekeringan dan membuat kulit kelihatan lebih muda dan lembut.

3. Sayur-Sayuran Berwarna

Jenis makanan kaya serat ini sebaiknya tidak anda tinggalkan dalam jadual menu harian anda. Sayuran berwarna seperti lobak merah, bayam, dan ubi banyak mengandung beta-karoten. Vitamin A kaya akan antioksidan serta mampu membantu mencegah penuaan semulajadi serta kerosakan sel yang mengurangi risiko kanser kulit.

Manakala sayur bayam pula mengandungi zat besi, folat, klorofil, magnesium, serat, protein dan vitamin C, E dan A. Ketiga-tiga vitamin ini sangat baik untuk kulit. Bahkan bayam juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan pelbagai masalah kulit. Pengambilan bayam pada setiap hari, anda boleh membersihkan kulit dari luar dan dalam.

4. Vitamin C

Vitamin C merupakan zat yang paling sering digunakan sebagai campuran bahan dasar aktif daripada produk perawatan wajah. Beberapa istilah yang sering digunakan adalah L-Ascorbic Acid, Ascorbyl Palmitate, atau Magnesium Ascorbyl Phosphate. Salah satu alasannya, vitamin C memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi.

Selain itu, jenis buah ini mampu membantu tubuh menghasilkan kolagen untuk memperkuatkan pembuluh darah kapiler sebagai saluran nutrisi kulit. Beberapa jenis makanan yang kaya vitamin C adalah: anggur, blueberry, jambu, kiwi, lemon,betik, strawberi dan ubi.Antioksidan seperti vitamin C, E dan beta-karoten dapat mengurangi peradangan dan jerawat. Selain itu, vitamin C juga mampu melindungi kulit daripada efek buruk sinaran matahari. 
 
5. Makanan Laut

Kandungan zink dan asid lemak omega 3 pada ikan, sangat bagus untuk membantu melembapkan kembali kulit anda yang kering dan mengalami inflamasi. Kekurangan omega 3 pada kulit boleh juga menyebabkan penuaan semulajadi dan terjadinya ekzema dan psoriasis.

6. Paprika (Merah)

Sebiji paprika mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari. Selain itu, paprika juga mengandungi banyak serat, vitamin B6, dan kaya dengan karoten yang dapat mencegah kedutan dan melancarkan perjalanan darah ke kulit, sehingga anda kelihatan lebih awet muda.

Ekstra Tips!

Makanan Terbaik Untuk…

Kulit Kering

Perbanyakkan pengambilan sayuran berwarna hijau tua, seperti bayam. Gunakan minyak yang kaya omega 3, sebagai salad dressing atau menumis.

Kulit Mudah Gatal

Vitamin B mampu membantu melancarkan perjalanan darah agar kulit tidak terlalu kering dan menimbulkan gatal-gatal. Elakkan pengambilan makanan yang boleh menambahkan lagi alergi tersebut seperti telur, sotong dan lain-lain.

Kulit Berminyak

Hindari makanan manis dengan kadar gula tinggi dan jenis makanan segera. Sebaiknya gunakan minyak zaitun sebagai pengganti mentega ataupun bahan menumis.

Kulit Berjerawat

Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayuran hijau, bayam, lobak, kentang dan juga ayam Belanda elok untuk merawat jerawat. Anda yang memiliki kulit berjerawat, disarankan menghindari pengambilan makanan pedas, manis serta hasil tenusu di dalam diet anda.



Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!-sumber
Share on Google Plus

About kraiboy

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan