Tips mendapatkan badan ‘sado’


Berkunjung ke pusat gimnasium seperti satu trend remaja masa kini lebih-lebih lagi mereka yang bercita-cita mendapatkan badan ‘sado’ atau menurunkan berat badan.
Jadi, tidak hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan masa di pusat berkenaan selepas waktu kerja sehingga sanggup mendaftar dan membayar yuran bulanan keahlian.
Itu perihal golongan berkenaan namun ada juga yang buntu kerana terlalu kurus dan sukar menaikkan berat badan.
Bukan tidak berusaha, namun ada antaranya yang sudah mencuba pelbagai kaedah termasuk mengambil ubat dan makanan tambahan tapi saiz badan masih sama dan tidak berubah.
Jangan putus asa kerana  ada empat tip yang mungkin boleh membantu anda menaikkan berat badan tanpa ubat sampingan dalam tempoh seminggu:
1.BANYAKKAN MAKAN
Jangan silap pemahaman dengan cadangan di atas kerana apa yang dimaksudkan adalah memperbanyakkan pengambilan makanan sihat.
Makanan sihat bererti hidangan yang mengandungi karbohidrat, protein dan kalori tinggi tetapi yang baik seperti kacang, susu, keju, telur, daging, buah-buahan antaranya pisang serta mangga.
Elakkan snek dan makanan segera kerana matlamat anda menaikkan berat badan bukannya menambah kolestrol serta lemak di dalam tubuh.
2. MAKAN MENGIKUT WAKTU
Memperbanyakkan kuantiti makanan bukan bermkna anda perlu makan tanpa mengikut waktu.
Sebaliknya, makan pada waktunya iaitu pada sebelah pagi, tengah hari, petang dan juga malam.
Jangan makan lewat atau tidak makan pada waktu berkenaan.
3. MINUM AIR PUTIH
Air adalah komponen utama dalam badan kita kerana ia membantu melancarkan metabolisme selain membolehkan tubuh berfungsi dengan baik.
Metabolisme tubuh yang lancar dapat membantu kita menurunkan juga menaikkan berat badan jika di bawah paras ideal.
Jadi, minum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sehari dan jadikan ia sebagai rutin harian!
4.TIDUR PADA WAKTUNYA
Biasakan diri tidur awal atau pada waktunya jika tiada urusan atau kerja penting yang perlu dilakukan.
Ia kerana tabiat tidur lambat hanya mengganggu kelancaran misi anda menaikkan berat badan.
Mulakan dari sekarang dan jadikan ia rutin setiap hari termasuk pada hujung minggu!

Share on Google Plus

About kraiboy

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan