Cara senang dan mudah bakar lemak,bentuk pinggul


Memiliki badan langsing dambaan setiap wanita. Namun, ramai memberikan pelbagai alasan untuk tidak bersenam disebabkan sibuk bekerja. Padahal senaman hanya perlu dilakukan tiga kali seminggu selama 30 minit untuk setiap sesi. Jika tidak mampu ke gimnasium anda boleh berjoging atau melakukan pergerakan di rumah.
Selain menggunakan dumbel, papan injakan atau papan senaman adalah cara mudah membentuk pinggul dan membakar lemak di bahagian paha.

Menurut Jurulatih Kecergasan Bangi Fitness Norhaizum Mohamed, latihan papan senaman membantu membakar kalori dengan lebih cepat, di samping menghilangkan tekanan, oleh itu ia sesuai dilakukan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
“Ini kerana papan senaman ini menghasilkan perubahan dari segi ukuran dan bentuk otot di bahagian bawah badan akibat penambahan ketinggian permukaan. Ia secara tidak langsung memberi lebih kepada bebanan. Senaman ini amat mudah dilakukan di mana saja dan sesuai untuk mereka yang sering sibuk,” katanya.
Beberapa pergerakan mudah boleh dilakukan bagi membentuk bahagian badan tertentu sekiranya dilakukan dengan konsisten. Selain membentuk badan, senaman ini dapat menguatkan jantung, sekali gus meningkatkan stamina dan kecergasan.
“Bagi wanita berkerjaya dan juga ibu, pergerakan ini secara tidak langsung membuatkan mereka lebih cergas. Ini memudahkan untuk melakukan tugas seharian di rumah,” katanya.
Menerusi latihan memijak naik dan turun, ia membantu proses menegangkan otot di bahagian abdomen, perbaiki struktur dan menguatkan badan. Jika dilakukan sambil berbaring ia dapat mengempiskan perut dan bahagian abdomen.
Paling penting papan ini boleh dibawa ke mana-mana saja. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan untuk membuat senaman di luar, anda boleh melakukannya di rumah.

Share on Google Plus

About kraiboy

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan