10 Penyebab kenapa berat badan semakin bertambah?


Memang menarik dan agak sensitif bila bercakap tentang kenaikan berat badan, orang akan selalu kaitkan ia dengan faktor seperti perkahwinan dan Suasana kerja. Tapi betul ke macam tu? Saya sendiri tak pasti bagaimana dan kenapa 2 faktor ni sering dijadikan bahan alasan, hatta kedua-duanya adalah antara alasan yang popular.
Namun saya ada pandangan saya sendiri apabila merujuk kepada kenaikan berat badan tak ‘tersengaja’ (macam tajuk drama lah pula ya). Meh saya kongsikan 10 faktor (perincian sebenar) mengapa berat badan anda bertambah dari tahun ke tahun. Semua tip-tip ini pernah disiarkan di Facebook Susu Sejatdari 11 hingga 20 oktober 2016, tapi sengaja saya kumpulkan semula tip-tip ini untuk memudahkan rujukan kita bersama.
1 – Tak Cukup Tidur
Perubahan hormon akan berlaku bila tak cukup tidur. Perubahan ini mampu meningkatkan tahap puaka ketika makan. Otak pun sukar nak tafsir rasa kenyang sebab tak cukup rehat.
2 – Sindrom Polycystic Ovarian (PCOS)
Kes ini hanya khusus untuk wanita. Biasanya kalau ada pcos ni, akan ada masalah lain yang menyusul, paling ketara excess insulin oleh pankreas. Insulin ni hormon anabolic dan mampu stimulate pembesaran terutamanya pembesaran jisim lemak.
3 – Masalah Penghadaman
Masalah ini termasuklah pergerakan ‘bowel’ yang perlahan. Kalau terlalu jarang untuk ‘membuang’, mungkin faktor2 seperti dehidrasi (kurang minum air), pengambilan ubatan tertentu, diet rendah serat dan kekurangan flora yang baik dalam usus.
Mengambil makanan yang tinggi serat dan makanan/suplemen yang mengandungi probiotics mungkin membantu masalah ini. Serat2 ini merupakan ‘makanan’ kepada probiotics ini, justeru pastikan kelestarian di dalam usus anda kekal terpelihara, hehe…
4 – Usia Semakin Meningkat
Dalam rumus BMR, usia berkadar songsang dengan nilai BMR atau keperluan asas kalori seseorang. Maksudnya, bila usia meningkat, BMR mesti menurun. Bila diri semakin tua tetapi makan pun masih macam anak remaja, tu yang berat badan pun meningkat (BMR rendah buatkan badan tak bakar banyak tenaga lalu mengakibatkan lebihan tenaga yang diambil disimpan sebagai lemak).
Bagaimana nak atasi masalah ini? Seimbangkan AKAUN keluar dan masuk kalori. Cara paling mudah adalah sentiasa bersenam.
5 – Mengambil ubatan (medication) tertentu
Kebanyakkan ubat/pil ‘anti-depressant’ mampu mengakibatkan berat badan naik mendadak. Selain itu, mengambil pil yang boleh ‘mengganggu’ regulasi hormon seperti pil perancang, steroidsbeta blockers(untuk sakit jantung dan darah tinggi), Tamoxifen (untuk kanser payudara) juga mampu mengakibatkan berat badan naik medadak.
6 – Sindrom “Cushing” (Cushing’s Syndrome)
Sindrom “Cushing” merupakan sekumpulan tanda2 yang berpunca dari paras cortisol yang tinggi dalam badan (hypercortisolism). Hal ini mungkin berpunca dari ‘non-cancerous‘ tumor di kelenjar adrenal yang menghasilkan cortisol secara berlebihan, atau mungkin juga berpunca dari pengambilan ubatan yang mempunyai sifat seperti cortisol (prednisone).
Peningkatan berat badan berpunca dari sindrom “Cushing” biasanya akan ditemani masalah tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis, perubahan tona kulit termasuk warna ‘stretch marks’.
7 – Osteoarthritis & Plantar fasciitis
Masalah berkaitan musculoskeletal seperti sakit Osteoarthritis (sakit sendi terutamanya lutut) dan Plantar fasciitis (sakit tumit) boleh jadi disebabkan oleh masalah berat badan berlebihan dan menjadi lebih ketara apabila umur meningkat.
Namun ia juga mampu menjadi pemangkin kepada anda untuk memberi alasan tidak bersenam, lalu membuatkan berat badan meningkat lebih melampau (positive-feedback loop).
8 – Latihan Bebanan (Weigh Training)
Ramai yang mungkin tak sedar, kenaikan berat badan bukan sahaja bermaksud yang naik tu 100% lemak. Tetapi ‘komposisi’ badan kita secara keseluruhan yang merangkumi fat-mass (jisim lemak), lean-mass (jisim otot, organ), berat tulang (ketumpatan tulang bertambah) dan berat air.
Perubahan komposisi ini berlaku apabila kita mula melakukan latihan bebanan. Dan perubahan ini adalah perubahan yang positif, terutamanya dalam kalangan wanita (golongan paling cenderung dapat osteoporosis). Jadi jangan terkejut sangat kalau tengok lepas buat latihan bebanan, berat naik mendadak atau dalam kes nak kuruskan badan berat tak nak turun (padahal badan semakin mengecil).
9 – Berhenti Merokok
Berhenti merokok adalah benda yang baik. Tetapi ia datang dengan satu ‘bayaran’ – peningkatan berat badan. Hal ini disebabkan kebanyakkan mereka yang cuba berhenti merokok akan menggantikannya dengan ambilan snek, gula-gula getah dan gula-gula manis. Penurunan paras nicotine dalam badan juga akan membuatkan sedikit penurunan kadar metabolik, sekaligus mempengaruhi peningkatan berat badan.
Untuk atasi masalah ini, pastikan bersenam juga sebagai satu usaha ketika berhenti merokok. Alang2 nak berubah ke arah gaya hidup sihat kan?
10 – “Tak Faham Sikap Gaya Hidup Sihat”
Sikap gaya hidup sihat ini merangkumi penjagaan aspek diet yang baik, rutin gaya hidup yang baik, serta kesejahteraan rohani. Dari segi diet, ramai yang teruja nak turunkan berat dengan mengamalkan diet yang ketat seperti skipping meals, tak makan nasi, atau ambil kalori kurang 500kcal sehari.
Ini adalah contoh2 amalan diet yang ekstrim dan memang berat akan turun, confirm. Tapi agak2 apa yang berlaku lepas kita berhenti amalkan diet2 ekstrim tersebut? “Mendadak tak”?
Mungkin ada yang tak bersetuju dengan saya sebab katanya, dirinya pernah buat diet ekstrim dan berat badan dia mantain sahaja lepas tu. Tak ada masalah pun, So Apa pun semoga artikal ini memberi munafaat buat semua,,,
Share on Google Plus

About kraiboy

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan