Ketahui Endometriosis dan kaitan Sakit bawah perut


Endometriosis adalah penyakit yang mana tisu yang biasanya tumbuh di dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim. Selalunya terjadi di dalam ovari, tiub Fallopio dan tisu di sekeliling rahim.
Bagaimanapun, ia jarang berlaku pada anggota tubuh badan yang lain. Gejala utama mengalami sakit bahagian bawah perut dan mempunyai masalah kesuburan.
Hampir separuh yang mengalami masalah ini mempunyai sakit pelvis yang kronik. Hampir 70 peratus kesakitan berlaku ketika waktu haid. Sakit ketika melakukan hubungan seks adalah perkara yang biasa bagi mereka yang menghidap masalah ini.
Selain itu, masalah ketidaksuburan berlaku kepada lebih separuh daripada wanita yang terjejas. Namun begitu, ada kira-kira 25 peratus wanita tidak mempunyai apa-apa gejala langsung.
Apa penyebab endometriosis?
Setakat ini, masih tidak jelas apa menyebabkan endometriosis. Faktor sejarah keluarga terdekat tujuh hingga 10 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat endometriosis.
Tambahan pula, ia perkara biasa dengan kembar yang kedua-duanya mungkin mendapat endometriosis, terutama jika kembar seiras. Faktor lain seperti hamil buat pertama kali pada usia yang agak lewat, pendarahan yang banyak ketika haid dan tempoh haid lebih lima hari, mengalami haid pada usia bawah 11 tahun, perubahan dalam sel-sel imun dan kurang berat badan. Gejala sewaktu mengandung dan menopaus.
Dalam banyak kes, gejala endometriosis kelihatan hilang dengan kehamilan. Hal ini dikatakan kerana hormon kehamilan menyebabkan aktiviti endometriosis dikurangkan.
Selepas bayi dilahirkan kesan endometriosis tidak begitu jelas. Dalam kajian ke atas 23 wanita, luka endometrium bertambah buruk dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan, tetapi bertambah baik sepanjang tempoh kehamilan.
Komplikasi endometriosis ketika mengandung jarang berlaku. Biasanya, endometriosis tidak hilang selepas menopaus. Ia mungkin kembali dengan penggunaan terapi penggantian hormon (HRT), tetapi ini jarang berlaku.
Bilakah perlu dapatkan rawatan?
Dapatkan bantuan apabila sakit menghalang aktiviti harian. Sebagai contoh kegagalan datang bekerja, sekolah atau aktiviti rekreasi, apabila ubat digunakan tidak membantu mengurangkan kesakitan, apabila anda perlu tidur kerana sakit dan apabila simptom semakin teruk dan mengganggu aktiviti harian.
Kesimpulannya, hampir semua masalah kesihatan berpunca daripada faktor genetik dan cara hidup setiap individu. Namun begitu, dengan kelengkapan peralatan teknologi dan peningkatan tahap kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan diri, kita mampu merawat masalah ini dengan izin-Nya.

Share on Google Plus

About kraiboy

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan